Blogger Layouts

klik-2 jan nda klik .

2010-08-09

Folio Sejarah - Salasilah Keluarga : Sejarah Diri dan Keluarga [ F O R M 1 ]



Isi Kandungan

1.0 Penghargaan

2.0 Objektif Kajian

3.0 Kaedah Kajian

4.0 Lokasi Tempat Membuat Kajian

5.0 Liputan Kajian
5.1 Salasilah Keluarga

5.1.1 Salasilah Keluarga Bapa Saya

5.1.2 Salasilah Keluarga Ibu Saya

5.1.3 Salasilah Keluarga Saya

5.2 Perkembangan Diri dan Keluarga

5.3 Tokoh dalam Keluarga

5.4 Peristiwa Bersejarah dalam Keluarga

5.4.1 Hari Jadi Saya Yang Ke - 2

6.0 Rumusan

Rujukan

Lampiran


1.0 Penghargaan

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa saya yang banyak memberi sokongan dan semangat yang kukuh kepada saya untuk menyiapkan folio Sejarah saya ini. Mereka juga merupakan orang sumber bagi kajian salasilah keluarga saya ini.


Saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Cik Shusianti iaitu guru mata pelajaran Sejarah saya atas segala bimbingan dan tunjuk ajar yang telah diberi olehnya semasa saya membuat folio ini.


Kepada rakan-rakan seperjuangan saya, saya ingin mengucapkan terima kasih kerana mereka secara tidak langsung telah memberi sedikit sebanyak idea bagi memperbaiki lagi mutu folio saya ini.

Sekian, terima kasih.




2.0 Objektif Kajian


Kajian yang dibuat oleh saya untuk menyediakan folio Sejarah ini

mempunyai beberapa objektif seperti yang berikut:

1. Saya dapat mengenali dan memahami asal usul keluarga saya

2. Saya boleh menghubung kait dan membentuk salasilah keluarga

saya bermula dari datuk dan nenek saya sehinggalah kepada generasi

saya

3. Saya dapat mengenali dan memahami dengan lebih dekat setiap anggota
keluarga saya

4. Saya boleh berasa bangga dan sayang kepada keluarga saya atas

segala kemajuan yang dicapai oleh keluarga saya

4. Saya dapat menjadikan kegigihan anggota keluarga saya dalam

5. mencapai sesuatu kejayaan sebagai panduan dan pedoman untuk

meneruskan kesinambungan kemajuan dan kejayaan yang dikecapi oleh

mereka agar tidak tergugat dan hilang begitu sahaja

6. Saya boleh menyatakan rasa berterima kasih dan bersyukur kerana memiliki

Sebuah keluarga yang harmoni dan ceria

7. Saya dapat menguasai kemahiran mencari, mengumpul, merekod dan

menganalisis maklumat tentang keluarga saya



3.0 Kaedah Kajian


Kaedah-kaedah kajian salasilah keluarga yang saya gunakan adalah seperti berikut:


1. Kaedah lisan iaitu saya menemuramah orang sumber yang merupakan ibu bapa saya bagi mengetahui dengan lebih lanjut beberapa peristiwa sama ada melalui penglibatan mereka secara langsung dalam peristiwa itu atau sekadar menyaksikannya.


2. Kaedah pemerhatian iaitu saya melihat dan mengkaji perkembangan orang sumber iaitu ibu bapa saya dari segi aktiviti yang mereka lakukan, hobi dan tingkah laku mereka.


3. Kaedah rujukan iaitu saya melihat dan mengambil maklumat daripada buku catatan harian ibu bapa saya dan mengumpul beberapa gambar dari album keluarga


4.0 Lokasi Tempat Membuat Kajian









5.0 Liputan Kajian

Liputan kajian saya merangkumi

5.1 Salasilah Keluarga
5.2 Perkembangan Diri dan Keluarga
5.3 Tokoh dalam Keluarga
5.4 Peristiwa Bersejarah dalam Keluarga



5.1 Carta Salasilah Keluarga Bapa Saya





5.1.1 Salasilah Keluarga Bapa Saya


Salasilah keluarga bermaksud asal usul keturunan sesebuah keluarga. Carta salasilah keluarga bapa saya (Sila rujuk mukasurat 7) bermula daripada Tuan Azam Bin Tuan Baharu (lahir pada 31.12.1945) iaitu datuk saya dan Kamariah Binti Ismail (Lahir pada 06.01.1954) iaitu nenek saya. Mereka berasal daripada kampung yang sama iaitu Kuala Pueh, Kuala Berang,Terengganu.

Mereka telah mendirikan rumah tangga pada 1968 . Mereka mencari pendapatan dengan bekerja sebagai petani serta menoreh getah di kebun orang kampung .


Kerja harian mereka meletihkan dan ganjarannya pula cukup ala kadar tetapi datuk dan nenek tetap berbangga dengan kerja mereka. Hasil perkahwinan datuk dan nenek saya, mereka telah dikurniakan sebelas orang anak, iaitu Sayed Zainal Bin Tuan Azam (ayah saya) yang dilahirkan pada 26 November 1969, Syarifah Aminah Binti Tuan Azam yang dilahirkan pada 30 Jun 1971, Syed Ahmad Bin Tuan Azam yang dilahirkan pada 13 Oktober 1973,Syarifah Fatimah Binti Tuan Azam yang dilahirkan pada 17 September 1976 , Syarifah Azliha Binti Tuan Azam yang dilahirkan pada 21 Januari 1979,Syarifah Ramlah Binti Tuan Azam yang dilahirkan pada 26 Ogos 1981,Syarifah Sapura Binti Tuan Azam yang dilahirkan pada 17 April 1984 , Syed Raimi Bin Tuan Azam yang dilahirkan pada 13 Ogos 1986 , Syed Khusairi Bin Tuan Azam yang dilahirkan pada 7 Januari 1989, Tuan Hannah Binti Tuan Azam yang dilahirkan pada 10 Julai 1991 dan Tuan Syahrul Adha Bin Tuan Azam yang dilahirkan pada 21 Mei 1994.


Hasil penat lelah bekerja setiap hari, telah menampakkan hasilnya. Datuk berjaya memberi semua anak-anaknya pendidikan yang sewajarnya sehingga mereka boleh berdikari.Sembilan daripada anak datuk saya telah menamatkan sesi persekolahan dan mendapat kerja.

Kebanyakkannya bekerja sebagai guru. Enam orang daripada mereka telah mendirikan rumah tangga. Bapa saya yang merupakan anak sulung telah berkahwin dengan Ghirwiza Binti Masor pada 22 Februari 1997 dan telah mempunyai tiga orang anak iaitu saya , adik lelaki dan adik perempuan saya. .Bapa saya kini bertugas sebagai seorang guru di Sekolah Kebangsaan Kabota ,Tawau , Sabah.


5.1.2 Carta Salasilah Keluarga Ibu Saya










5.1.3 Salasilah Keluarga Ibu Saya

Carta salasilah ibu saya ( sila rujuk muka surat 10 ) bermula daripada Masor Bin Sadalam iaitu datuk saya dan Rahmah Binti Osman iaitu nenek sebelah ibu saya . Mereka berasal daripada tempat yang sama iaitu Filipina.Mereka mendirikan rumah tangga pada tahun 1976.Meraka mencari pendapatan dengan berniaga.Hasil perkahwinan datuk dan nenek saya , mereka telah dikurniakan dengan dua orang cahaya mata , iaitu Ghirwiza ( ibu saya ) yang dilahirkan pada 23 April 1977 di Kg. Menteritip, Semporna dan Al – Madan yang dilahirkan pada 09 September 1990.


Pada tahun 1997 , Ghirwiza ( ibu saya ) telah berkahwin dengan Sayed Zainal ( bapa saya ) , dan mempunyai tiga orang anak .Al – Madan pula telah berkahwin dengan Nur Haina pada tahun 2009 dan dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Siti Nur Aisyah yang dilahirkan 24 Mei 2010.


5.1.4 Salasilah Keluarga Saya







5.2 Perkembangan Diri Dan Keluarga.
Ahli keluarga saya terdiri daripada bapa saya,ibu saya , saya dan adik – adik
saya.Selepas perkahwinan ibu bapa saya pada 22 Februari 1997, mereka tinggal di
Kampung Bangingod,Lahad Datu,Sabah kerana bapa saya bertugas sebagai guru
disana.Saya juga dilahirkan di Kampung Bangingod pada 14 Disember
1997.


Semasa saya berumur empat bulan,kami sekeluarga berpindah ke Tawau
kerana mengikuti bapa saya yang bertukar tempat kerja ke Sekolah Kebangsaan
Kem Kabota.Kami tinggal di Taman Bekerly selama lima tahun.Pada tahun 1999
kami mendapat seorang lagi ahli keluarga yang bernama Sayed Azfar Zharfan dan
tidak lama kemudian,pada tahun 2004 kami mendapat lagi ahli baru iaitu Sharifah
Ainani Ilyani.

Walaupun keluarga saya tidak besar , namun ahli keluarga
memainkan peranan yang besar dalam mewujudkan suasana meriah dan harmoni
dalam keluarga saya.





5.2.1 Bapa Saya


Nama bapa saya Sayed Zainal Bin Tuan Azam.Beliau dilahirkan di Kampung
Kuala Pueh , Kuala Berang , Terengganu pada 26 November 1969.Bapa saya
mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Kuala Dura pada tahun 1976
hingga tahun 1981.Seterusnya beliau menyambung pengajian ke Sekolah
Menengah Kebangsaan Agama Mahmudiah , Kuala Berang , Terengganu dari
tahun 1982 hingga tahun 1984.

Selepas mendapat keputusan yang cemerlang
dalam Peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP).Beliau melanjutkan persekolahan
di Kolej Agama Sultan Zainal Abidin (KUSZA).Setelah menamatkan Peperiksaan
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 1986 , beliau berkhidmat sebagai guru
sandaran di Sekolah Kebangsaan Kuala Dura selama setahun setengah dan di
tukarkan ke Sekolah Kebangsaan Kampung Syukur , Dungun , Terengganu.

Pada tahun 1990, beliau diterima memasuki maktab perguruan di Negeri Kedah iaitu Institut Perguruan Darul Aman (IPDA). Setelah menamatkan pengajian pada tahun 1992, beliau ditempatkan bertugas di SK. Bangingod, Lahad Datu, Sabah. Pada tanggal 8 Februari 1998 beliau berpindah tempat bertugas ke SK. Kem Kabota, Tawau sehinggalah sekarang.
Pada September 2004 bapa saya telah melanjutkan pelajaran di Universiti Terbuka Malaysia dalam jurusan Teknologi Maklumat.

5.2.2 Ibu Saya

Nama ibu saya Ghirwiza Binti Masor.Beliau dilahirkan di Kampung Menteritip , Semporna , Sabah pada 23 April 1977.Ibu saya mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Bangigod pada tahun 1983 hingga tahun 1988.Seterusnya , ibu saya melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Tungku , Lahad Datu hingga tingkatan lima .Kini ibu saya menjadi suri rumah sepenuh masa.





5.2.3 Diri Saya


Nama saya Sharifah Azyyati Ilyana Binti Sayed Zainal.Saya dilahirkan
di Kampung Bangigod , Tungku , Lahad Datu pada 14 Disember
1997.Saya berusia 13 tahun pada tahun ini.Saya pernah tinggal di Taman
Bekerly , Tawau kini saya tinggal di 4174 , Amanah Park , Jalan Bunga
Raya , 91000 , Tawau , Sabah.Saya merupakan anak sulung daripada
tiga orang adik – beradik.Saya mula menjejaki alam persekolahan
semasa saya berusia enam tahun di Pasti Nurul Izzah , Tawau (tahun
2003).

Ketika berusia tujuh tahun sehingga dua belas tahun , saya bersekolah di
Sekolah Kebangsaan Kem Kabota , Tawau.Saya juga telah berjaya
memperolehi keputusan yang memuaskan iaitu 3A 1B 1C dalam Ujian
Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Kini , saya belajar di Sekolah
Menengah Kebangsaan Kuhara , Tawau dalam tingkatan 1 Bijaksana.

5.2.4 Adik Lelaki Saya


Nama adik lelaki saya Sayed Azfar Zharfan Bin Sayed Zainal.Dia
dilahirkan di Hospital Besar , Tawau pada 03 Januari 1999 . Adik saya
seorang kanak – kanak istimewa ( OKU ).Adik saya bersekolah di Sri
Stella , Tawau sejak tahun 2004 .



5.2.5 Adik Perempuan Saya

Nama adik perempuan saya Sharifah Ainani Ilyani Binti Sayed
Zainal.Dia dilahirkan di Hospital Besar , Tawau pada 01 Januari
2004.Adik saya merupakan anak bongsu. Adik saya memasuki alam
persekolahan lebih lewat daripada saya. Dia dimasukkan ke Prasekolah
Kem Kabota , Tawau pada tahun 2009. Kini dia belajar tahun 1 di
Sekolah Kebangsaan Kem Kabota , Tawau .



5.3 Tokoh Tokoh Dalam Keluarga

Saya memilih nenek saya iaitu Pn. Kamariah binti Ismail sebagai tokoh dalam keluarga kami. Pemilihan ini adalah berdasarkan beberapa kriteria. Antaranya beliau merupakan seorang ibu serta nenek yang penyayang, tabah serta sabar dalam membesarkan serta mendidik anak anak. Beliau dilahirkan pada 06.01.1954 dalam sebuah keluarga yang miskin. Oleh kerana kemiskinan beliau terpaksa menamatkan persekolahan pada darjah 5 sahaja.

Setelah berkahwin dengan datuk saya dan telah dianugerahkan anak anak, mereka memulakan penghidupan sendiri dengan membina sebuah rumah di Kampung Kuala Pueh, Kuala Berang, Terengganu. Dengan pertambahan anak anak, sara hidup semakin bertambah. Mereka menampung keperluan harian dengan melakukan kerja kerja kampung seperti menanam padi, jagung, kacang serta menoreh getah. Hasil titik peluh inilah yang digunakan untuk membesarkan dan memberi pendidikan yang sempurna kepada sebelas orang anaknya.


Sehingga kini kesemuanya anaknya telah berjaya dalam hidup masing masing. Enam orang anaknya telah berjaya menamatkan pengajian di Pusat Pengajian Tinggi. Kebanyakkannya berkhidmat sebagai pendidik di seluruh negara.

Walaupun telah berusia 56 tahun, beliau masih lagi melakukan kerja kerja yang beliau gemari iaitu berkebun. Selain itu beliau tidak jemu untuk mengajar anak anak kampung mengaji alQuran.


Pada Sambutan Juara Rakyat Bulan Wanita dan Keluarga 2010 Parlimen Hulu Terengganu beliau telah dinobatkan sebagai Ibu Cemerlang bagi Parlimen Hulu Terengganu.

(Gambar semasa penganugerahan dalam akhbar Sinar Harian)

(Sijil Penghargaan Anugerah Ibu cemerlang)

5.4 Peristiwa Bersejarah
5.4.1 Hari Jadi Saya Yang Ke – 2


Hari ini , 14 Disember 1998 , hari yang amat gembira buat saya kerana hari jadi saya yang ke – 2 disambut dengan meriah kerana ketika itu disambut di kampung saya yang berada di Kampung Kuala Pueh , Kuala Berang , Terengganu bersama ibu bapa , mak cik , pak cik , moyang , datuk dan nenek. Ia merupakan kali pertama saya berpeluang menyambut hari jadi bersama mereka. Kek hari jadi saya dibuat oleh ibu saya . Saya juga mendapat banyak hadiah yang istimewa.

6.0Rumusan
Secara kesimpulannya , daripada yang telah lalui sepanjang melaksanakan projek sejarah ini , saya banyak mendapat pengajaran yang berguna iaitu seperti dapat mengetahui asal usul diri dan keluarga dengan lebih mendalam , dan saya berbangga menjadi waris keluarga ini. Saya berazam untuk belajar bersungguh untuk menjadi anak yang berjaya supaya dapat membanggakan seluruh keluarga saya.




Rujukan

Orang sumber :Sayed Zainal Bin Tuan Azam , 691126115053 ( Bapa )
http://www.scribd.com/doc/15429736/
Imej Google Earth

sila klikk bh . ok ?